13 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Untuk Full Time Bisnes Online…

woman-hand-smartphone-desk-1

Saya kongsikan 13 persediaan penting sebelum anda nekad untuk berhenti kerja dan fokus sepenuh masa bisnes online dari rumah.  (tips ni dari pengalaman diri sendiri dan juga orang lain)

1. Bincang dengan suami/isteri pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung komitmen yang ada sekiranya bisnes jatuh. Kerjasama erat dan saling bantu membantu sangat penting untuk tingkatkan pendapatan keluarga.

2. Inform keluarga dan dapatkan restu ibu bapa yang anda akan berhenti kerja.

3. Sediakan simpanan minimum 12 bulan perbelanjaan bulanan. Kurangkan semua komitmen yang ada seperti hutang pada bank. Sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain. Ubah gaya hidup. Senaraikan satu persatu hutang yang membebankan. Mulakan hutang yang paling kecil untuk diselesaikan. 

4. Buat bisnes online yang aliran tunai cepat dan modal kecil. Kenali apa yang anda boleh buat dengan bakat, kemahiran dan pengetahuan yang ada. Jangan membuat hutang sebagai modal permulaan bisnes. (pada permulaan saya hanya buat bisnes online dengan jadi ejen dropship tanpa keluarkan modal yang besar dan menyimpan stok di rumah).

5. Buat bisnes online dari rumah secara part time dahulu, cuba selama 6 -12 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes online anda KONSISTEN dan 3 kali ganda melebihi gaji, anda boleh buat keputusan untuk berhenti kerja. (saya tidak berhenti kerja selagi pendapatan tidak konsisten dan 4 kali ganda melebihi dari pendapatan gaji bulanan).

6. Elakkan bisnes yang memerlukan anda untuk membuat pinjaman bank pada permulaan.

7. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan minimum 12 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, anda lebih tenang berfikir apa tindakan seterusnya dan fikirkan EXIT PLAN.

8. Guna 1/3 sahaja dari simpanan yang ada untuk mengembangkan bisnes supaya kita masih mempunyai simpanan jika bisnes tidak seperti yang diharapkan.

9. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes yang positif bagi mengekalkan semangat dan anda mendapat peluang jv dengan sahabat lain jika bisnes kita jatuh.

10. Cari guru atau mentor. Buat sedikit pelaburan untuk ilmu bisnes. Jika anda mahu berjaya, anda boleh belajar dan timba ilmu dari pengalaman mentor. (pengalaman saya sendiri guna duit gaji beli ebook, buku, video, hadir seminar mentor-mentor yang berjaya sebelum berhenti kerja).

11. Jaga hubungan dengan Allah. Percaya dan yakin rezeki datang dari Allah, kita usaha sunguh-sungguh dan selebihnya berdoa dan bertawakal pada Allah. (di samping solat wajib jangan tinggal, solat sunat dhuha, tahajud, taubat dan sedekah).

12. Berkawan rapat dengan orang yang berjaya. Jauhi teman-teman negatif.

13. Bagi anda yang masih ragu-ragu dan susah nak buat keputusan, buat solat hajat atau istikarah minta petunjuk dari Allah SWT. Insyaallah dipermudahkan..

Leave a Reply